Suruhanjaya Hak Asasi Manusia (Suhakam) membuat kesimpulan bahawa polis Cawangan Khas (SB) bertanggungjawab terhadap kehilangan paksa membabitkan pastor Raymond Koh dan Amri Che Mat.

Kesimpulan itu dibuat daripada inkuiri yang dijalankan terhadap kehilangan kedua-dua individu berkenaan.

"Panel menganggap bahawa kehilangan paksa Amri Che Mat dilakukan oleh ejen-ejen kerajaan.

"Dengan menamakan Cawangan Khas, Bukit Aman, Kuala Lumpur dalam takrif Artikel 2 Konvensyen Antarabangsa Bagi Perlindungan Semua Orang Daripada Kehilangan Yang Dipaksa (ICPPED)," kata pesuruhjaya Suhakam Mah Weng Kwai ketika membacakan laporan siasatan.

Mah, yang mengetuai prosiding siasatan, kemudian membaca kesimpulan yang sama terhadap Pastor Raymond Koh