Sebaik sahaja editor Sarawak Report, Clare Rewcastle-Brown meninggalkan mahkamah, seorang lelaki yang mengenali dirinya sebagai "Sofian Putra" mengetuai sekumpulan kecil penyokong Najib dengan sorakan kuat "Allahuakbar Takbir" dan "Tolak media asing"<br /><br />Mereka akhirnya berhenti dari bersorak ekoran ditegur dari pegawai polis, kerana ia melanggar peraturan untuk membuat bunyi bising di kompleks mahkamah.<br /><br />Perbicaraan kes bekas Perdana Menteri Datuk Seri Najib Abdul Razak SRC International bermula petang ini di Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur.