Kabinet akan membincangkan secara terperinci isu-isu berkaitan kedudukan kewangan Lembaga Tabung Haji (TH) dan perkara yang bersangkutan dengannya termasuk kemampuan lembaga itu membayar hibah kepada pendeposit.<br /><br />Perdana Menteri Tun Dr Mahathir Mohamad berkata cadangan pelan penstrukturan dan pemulihan semula Tabung Haji akan dibentang dalam mesyuarat Kabinet esok, 5 April 2019.
