Penyokong BN di Rantau dilaporkan mendapat panggilan telefon bahawa mereka akan dibayar RM50 jika mengundi gabungan itu, kata calonnya, Mohamad Hasan.<br /><br />Menurutnya, tindakan itu adalah cubaan untuk memburukkan nama BN, sedangkan mereka tidak membuat tawaran sedemikian untuk memancing undi.<br /><br />Beliau berkata demikian pada sidang media di Rantau hari ini.