Calon BN, Datuk Seri Mohamad Hasan berkata apa jua keputusan Pilihan Raya Kecil (PRK) Dewan Undangan Negeri (DUN) Rantau nanti tidak memberi kesan kepada Anwar Ibrahim untuk menjadi Perdana Menteri.<br /><br />Beliau mengulas sekiranya Pakatan Harapan kalah dalam pilihanraya ini, apakah peluang pada Anwar Ibrahim untuk menjadi Perdana Menteri.<br /><br />PRK Rantau menyaksikan pertandingan empat penjuru yang melibatkan Mohamad, calon Pakatan Harapan Dr S Streram dan dua calon bebas, R Malar dan Mohd Nor Yasin.