Mahathir berkata tujuan pindaan itu untuk menunjukkan kerajaan persekutuan mengiktiraf yang Malaysia ditubuhkan tiga entiti - Malaya, Sabah dan Sarawak.

"Kerana perlembagaan (sedia ada) tidak jelas, kita perlu ubah perlembagaan itu.

Untuk berbuat demikian, kita memerlukan majoriti dua pertiga," katanya.

Jika Mahathir berjaya dalam pindaan perlembagaan itu, Perlembagaan Persekutuan akan dipinda buat kali ke-58.

Kali terakhir ia dipinda ialah pada 2009.