Surprise Me!

K’jaan bentang RUU kembalikan Sabah, Sarawak sebagai rakan Semenanjung

2019-04-05 271 Dailymotion

Kerajaan Pakatan Harapan menunaikan janji pilihan rayanya untuk mengembalikan kedudukan Sabah dan Sarawak sama rata dengan Semenanjung apabila membentangkan Rang Undang-Undang (RUU) untuk meminda Perlembagaan Persekutuan bagi tujuan itu di Dewan Rakyat hari ini.

Menteri di Jabatan Perdana Menteri Datuk Liew Vui Keong membentangkan RUU Perlembagaan (Pindaan) 2019 itu untuk bacaan kali pertama di hadapan Yang Dipertua Dewan Rakyat Datuk Mohamad Ariff Md Yusof.

Beliau berkata bacaan kali kedua RUU tersebut akan dibentang pada persidangan kali ini.

RUU itu bertujuan menggantikan Fasal (2) Perkara 1 Perlembagaan Persekutuan untuk menyatakan semua negeri yang membentuk Persekutuan dengan mengembalikan, dengan ubah suaian, kedudukan Fasal (2) Perkara 1 Perlembagaan Persekutuan semasa pembentukan Malaysia pada 1963.

Buy Now on CodeCanyon