Ratusan penduduk menyambut kedatangan Najib di sebuah kedai makan sempena program sesi santai bersama bossku di Bandar Sri Sendayan malam semalam.<br /><br />Najib dalam ucapan pembukaan melahirkan rasa terkejut melihat begitu ramai penyokongnya ketika ini berbanding ketika zaman menjadi Perdana Menteri.<br /><br />Kedatangan Najib juga adalah salah satu siri kempen untuk calon Barisan Nasional (BN) pada PRK Rantau, iaitu Datuk Seri Mohamad Hassan.