Kadar agihan hibah Tabung Haji (TH) sebanyak 1.25 peratus paling rendah dalam sejarah adalah disebabkan masalah dihadapi badan itu yang ditinggalkan pentadbiran lalu.

Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Mujahid Yusof, berkata pentadbiran lalu TH di bawah kerajaan BN telah membuat agihan dividen melanggar akta ditetapkan selama empat tahun berturut-turut.

Beliau berkata, pentadbiran TH terdahulu telah melakukan manipulasi akaun bagi membolehkan agihan tinggi hibah diumumkan.

"Kami terpaksa datang untuk menyelamatkan keadaan, komitmen kerajaan cukup tinggi untuk selamatkan TH.

"Agihan hibah rendah disebabkan situasi TH.

“Ini legasi yang ditinggalkan (pentadbiran terdahulu) dan bukan disebabkan kami," katanya selepas mengumumkan agihan hibah TH di Putrajaya, hari ini.

TH hari ini mengumumkan hibah tahunan bagi tahun 2018 sebanyak 1.25 peratus, paling rendah dalam sejarahnya.

Pada tahun lalu, TH mengumumkan hibah 4.5 peratus kepada pendeposit, dan tambahan hibah haji 1.75 peratus pendeposit yang belum menunaikan haji bagi tahun 2017.