Kerajaan telah membuka peluang pada syarikat lain yang sanggup membeli atau memperoleh perniagaan itu bagi memproses bahan buangan mentah.<br /><br />"Syarikat-syarikat ini telah memberi kami janji bahawa pada masa akan datang, sebelum menghantar bahan mentah ke Malaysia, mereka akan membersihkannya terlebih dahulu, yang bermaksud mereka akan menyahtoksin bahan-bahan dalam beberapa cara berkaitan dengan radioaktif.<br /><br />"Lynas boleh teruskan jika mereka berjanji bahawa bahan mentah akan dinyahtoksin sebelum dibawa ke Malaysia," katanya pada sidang akhbar khas di Pejabat Perdana Menteri.