Menteri Hal Ehwal Ekonomi Azmin Ali mempersoalkan mengapa Pemuda Umno tidak mencadangkan agar Suruhanjaya Siasatan Diraja (RCI) ditubuhkan bagi menyiasat Tabung Haji (TH) ketika Umno dan BN berkuasa.

Azmin memberitahu wartawan di Rantau malam tadi.

Semalam, ketua pemuda Umno Asyraf Wajdi Dusuki meminta RCI ditubuhkan untuk menyiasat dakwaan bahawa Tabung Haji di bawah BN telah menggunakan wang simpanan pendeposit untuk membayar hibah.

Beliau juga menggesa dakwaan bahawa Tabung Haji menanggung kerugian sebanyak RM10 bilion disiasat.

Sebelum ini, pemimpin tertinggi PAS dan Umno juga menggesa RCI yang sama ditubuhkan pada bulan Disember.

Ini selepas kerajaan Pakatan Harapan (PH) mendedahkan laporan audit bebas Tabung Haji yang mendapati pengurusan lalu telah memanipulasi perakaunan dan membayar dividen menggunakan wang simpanan pendeposit.

Sebab-sebab berkenaan termasuk kerugian RM10 bilion telah disebutkan oleh kerajaan sebagai alasan mengapa Tabung Haji membuat bayaran dividen terendah dalam sejarah iaitu sebanyak 1.25 peratus.

Azmin berkata kerajaan telah mengambil pendekatan terbuka dan telus untuk melindungi kepentingan pendeposit TH.