Seramai 189 dari 976 wanita berjaya hamil selepas menjalani rawatan Persenyawaan In Vitro (IVF) di hospital kerajaan pada tahun lepas, kata Menteri Kesihatan Datuk Seri Dr Dzulkefly Ahmad.<br /><br />Beliau berkata mereka mendapatkan rawatan IVF di empat buah hospital pada 2018 iaitu di Hospital Sultanah Bahiyah, Kedah (262 orang); Hospital Kuala Lumpur (339 orang), Hospital Wanita dan Kanak-Kanak Likas, Sabah (224 orang) dan Hospital Sultanah Nur Zahirah, Terengganu (151 orang).