Presiden PKR Anwar Ibrahim mahu isu empat ahli akademik yang didakwa mengemukakan laporan berat sebelah untuk meyakinkan Majlis Raja-raja agar menolak Statut Rom Mahkamah Jenayah Antarabangsa (ICC) dibincangkan dengan baik.

Anggota Parlimen Port Dickson itu berkata, penjelasan ahli akedemik berkenaan haruslah dibuat dalam wacana yang sihat.

"Tak apalah biar dia (mereka) selesaikan, dibincang dengan baik.

"Ia (mereka) ahli akedemik ada wacana yang sihat, soal jawab, penjelasan.

"Tak apalah, biar orang akademik kita jawab," katanya ketika ditemui di Lobi Parlimen, hari ini.

Kelmarin, sekumpulan aktivis pelajar mendedahkan rumusan eksekutif kertas kerja oleh empat ahli akademik yang mereka dakwa digunakan untuk meyakinkan Majlis Raja-raja agar menolak ICC.