Sekumpulan aktivis hari ini berarak ke parlimen untuk mengingatkan kerajaan mengenai empat kes berprofil tinggi yang dikatakan melibatkan salah laku polis.

Ia dalam usaha untuk menuntut penubuhan Suruhanjaya Bebas Aduan dan Salah laku Polis (IPCMC).

Empat kejadian tersebut adalah serangan ketua polis negara ketika itu, Abdul Rahim Noor yang menyebabkan mata Anwar Ibrahim lebam pada 1998; pembunuhan warga Mongolia Altantuya Shaariibuu pada tahun 2006; serta dakwaan penculikan pastor Raymond Koh dan aktivis Amri Che Mat masing-masing pada 2017 dan 2016, yang mana Suruhanjaya Hak Asasi Manusia (Suhakam) mendapati ia merupakan kes "kehilangan paksa" yang dilakukan oleh anggota polis.

Peguam G Visvanathan, yang mengetuai wakil kumpulan itu untuk menyerahkan memorandum mengalu-alukan solidariti yang ditunjukkan anggota parlimen PH.