Menyelesaikan kesesakan lalu lintas di pintu masuk Malaysia-Singapura di Tambak Johor dan Linkedua adalah keutamaan bagi Malaysia, kata Perdana Menteri Tun Dr Mahathir Mohamad.

Beliau berkata isu itu terus menjadi masalah besar bagi pengguna yang berulang-alik dari Malaysia dan Singapura.

Dr Mahathir berkata pada sidang akhbar bersama Perdana Menteri Singapura Lee Hsien Loong di akhir Pemukiman Pemimpin Malaysia-Singapura ke-9 hari ini.

Dr Mahathir berkata Malaysia dan Singapura komited untuk menangani isu itu dan akan terus meneroka inisiatif baharu bagi menanganinya.

Sementara itu, Lee berkata Dr Mahathir menarik perhatian bahawa Sistem Transit Aliran Johor Bahru-Singapura (RTS) tidak akan menyelesaikan masalah bagi penunggang motosikal yang menyeberangi sempadan Singapura-Malaysia, justeru terdapat keperluan untuk memperluaskan kapasiti Kastam, Imigresen dan Kuarantin (CIQ) di kedua-dua pihak.