Surprise Me!

'Timbul masalah jika isu maritim, ruang udara tak diurus dengan baik'

2019-04-10 143 Dailymotion

Perdana Menteri Singapura Lee Hsien Loong mengimbas kembali bagaimana beliau cuba "memperbaiki" hubungan dua hala dengan Malaysia.

Bercakap selepas pemukiman tahunan pemimpin Malaysia-Singapura hari ini, beliau berkata hubungan itu berisiko terjejas jika isu maritim dan ruang udara tidak dikendali dengan baik.

Beliau berkata demikian ketika ditanya tentang perkara itu dalam sidang media bersama Perdana Menteri Malaysia Dr Mahathir Mohamad.

Beliau berkata, kedua-dua negara akan mendapat manfaat jika isu itu dapat dikendali dengan baik dan jika tidak, ia akan mencetuskan banyak masalah dan menjejaskan hubungan dua negara.

Katanya lagi, beliau sebelum ini bimbang hubungan negaranya dengan Malaysia "tidak berada di landasan yang betul".

Sementara itu, Mahathir berkata hubungan dua hala Malaysia dan Singapura sentiasa dalam keadaan baik, walaupun dengan "masalah".

Buy Now on CodeCanyon