Menteri Hal Ehwal Ekonomi Mohamed Azmin Ali mengemukakan usul kepada speaker Dewan Rakyat supaya mengambil tindakan berat terhadap Najib Razak kerana telah mendedahkan dokumen laporan kertas putih Felda semalam.

MP Gombak itu berkata, dokumen yang dibekalkan kepada anggota parlimen itu sepatutnya diembargo sehingga ia dibentangkan hari ini.

Semalam, Najib di Facebooknya memuat naik sebahagian laporan kertas putih Felda yang menyebut wujudnya "Put Option", iaitu hak menjual saham pada harga yang ditentukan dalam tempoh yang ditetapkan.

Kata Najib dalam hantaran di Facebooknya, tuduhan dimedia dan laporan polis ialah beliau didakwa telah menipu Felda untuk membeli syarikat Indonesia Eagle High Plantations dan menyebabkan kerugian berbilion.