Pemangku Presiden Umno Mohamad Hasan berkata tidak perlu menggantung tugas Najib Razak (BN-Pekan) sebagai ahli parlimen selama tiga bulan kerana melakukan suatu perbuatan menghina majlis Dewan Rakyat.<br /><br />Najib didakwa melanggar embargo dokumen Kertas Putih Ke Arah Kelestarian Felda dengan memuat naik sebahagian daripada kandungan itu di halaman Facebooknya.<br /><br />Berdasarkan Aturan Urusan Mesyuarat dan Usul-Usul, usul penggantungan akan dibawa oleh Menteri di Jabatan Perdana Menteri.