Ketua-ketua Bahagian Bersatu Johor berikrar memberikan sokongan terhadap pemimpin kanan parti itu bagi memilih sesiapa sahaja sebagai Menteri Besar Johor.<br /><br />Keputusan itu dipersetujui selepas kesemua 26 ketua bahagian bertemu presiden parti Muhyiddin Yassin tengah hari tadi, kata Timbalan Pengerusi Bersatu Johor, senator Mohd Nasir Hashim, yang mewakili mereka.