Selepas menyembah maklum peletakan jawatan menteri besar Johor kepada Sultan Johor Sultan Ibrahim Sultan Iskandar pagi tadi, Osman Sapian berkata baginda hanya mengambil dan bertitah menerima surat itu sebagai cenderahati.

Kata Osman, baginda bertitah akan letak syarat tertentu untuk bakal menteri besar baharu.

Jelasnya lagi, baginda akan berjumpa kembali dengannya pada 6.30 petang di Istana Pasir Pelangi, Johor Bahru hari ini.

Beliau berkata demikian pada sidang media hari ini.