Presiden PAS Abdul Hadi Awang ketika turun ke Rantau berkempen untuk BN menyifatkan pendekatan kerajaan PH ketika berbahas di parlimen sebagai menggunakan "falsafah Pak Pandir".

Beliau berkata demikian ketika menggambarkan Timbalan Presiden Umno Mohamad Hasan yang juga merupakan calon PRK Rantau sebagai pemimpin yang "kuat".

Beliau berucap dalam ceramah perdana di Rantau malam tadi.

Pak Pandir merupakan watak dalam kisah dongeng Melayu yang sering menyebabkan diri dan keluarganya dalam masalah kerana sikap dan tindakannya yang tidak cerdik.