Disiplin penyokong parti politik pada hari pengundian Pilihan Raya Kecil (PRK) Dewan Undangan Negeri (DUN) Rantau, hari ini, kurang memuaskan, kata Pengerusi Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) Azhar Azizan Harun.<br /><br />Beliau berkata ini kerana masih terdapat beberapa barong yang didirikan berhampiran pusat mengundi.<br /><br />Beliau berkata demikian ketika diminta mengulas mengenai pembinaan barong di sekitar pusat mengundi bagi menyemak saluran pengundi yang ingin mengundi.