Surprise Me!

Ini amaran saya pada pegawai JPJ

2019-04-19 658 Dailymotion

Mana-mana pegawai Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ) yang terpalit dalam isu integriti tidak akan dilindungi, Ketua Pengarah JPJ Shaharuddin Khalid.

Beliau berkata demikian pada sidang media di Putrajaya hari ini.

Semalam, SPRM menahan 31 individu termasuk 23 anggota penguatkuasa JPJ Pulau Pinang bagi membantu siasatan berhubung kegiatan rasuah melindungi pemandu-pemandu lori yang melakukan kesalahan jalan raya khususnya yang membawa lebih muatan di sekitar negeri ini.

Penahanan 28 lelaki dan tiga wanita berusia lingkungan 31 hingga 54 tahun itu bagi membantu siasatan dan SPRM tidak menolak kemungkinan ramai lagi yang akan dipanggil bagi membantu siasatan.

Semua penguat kuasa JPJ gred 19 hingga 32 ini dipercayai menerima bayaran antara RM10,000 dan RM32,000 secara bulanan sebagai dorongan tidak mengambil tindakan terhadap pemandu-pemandu lori terlibat selain turut membocorkan maklumat operasi JPJ.

Buy Now on CodeCanyon