Sri Lanka telah mengisytiharkan 23 April sebagai hari berkabung nasional selepas beberapa siri pengeboman maut berlaku pada hujung minggu, lapor agensi berita Turki Anadolu memetik media tempatan pada Isnin.

Keputusan itu dibuat semasa mesyuarat Majlis Keselamatan Nasional yang dipengerusikan Presiden Sri Lanka Maithripala Sirisena.

Sirisena juga dijangka bertemu diplomat asing untuk mendapatkan bantuan antarabangsa.

Tiga anak jutawan peruncitan Denmark Anders Holch Povlsen turut terbunuh dalam insiden pengeboman itu.

Povlsen, 46, lelaki terkaya Denmark, merupakan pemegang saham utama dalam syarikat peruncitan fesyen online Britain iaitu Asos dan CEO perniagaan borong fesyen, Bestseller.

"kami tidak mempunyai sebarang kenyataan lanjut dan kami meminta agar privasi keluarga ini dihormati pada masa ini," kata Jesper Stubkier, pengurus komunikasi Bestseller, dalam satu kenyataan.

Sekurang-kurangnya 290 orang maut manakala lebih 500 lagi cedera dalam beberapa siri pengeboman yang menyasarkan gereja serta hotel mewah di tiga bandar di Sri Lanka pada Hari Easter.

Sejumlah 39 warga asing, termasuk dua dari Turki, terbunuh dalam serangan itu.

Tiada kumpulan mengaku bertanggungjawab setakat ini. -Bernama