Kerajaan sedang berusaha untuk memperluaskan peningkatan kadar adunan biodiesel kepada B20, iaitu 20 peratus adunan biodiesel sawit dengan 80 peratus diesel fosil menjelang tahun 2020.

Menteri Industri Utama Teresa Kok berkata sebagai contoh di Indonesia, tidak ada masalah dari segi penggunaan enjin kenderaan sungguhpun mereka menggunakan B20 sejak dua tahun lalu.

Namun di Malaysia, kata Teresa, beliau menghadapi kesukaran apabila berdepan dengan bantahan daripada sektor industri pengangkutan.

Sehingga kini, katanya, tidak ada sebarang aduan yang diberikan setakat ini.

Teresa Kok berkata demikian menjawab soalan tambahan Senator Razali Idris berkenaan status pelaksanaan biodiesel di Malaysia.

Speaker Dewan Negara Abdul Halim Abd Samad turut menceriakan dewan apabila memberikan pantun mengenai sawit selepas ucapan Teresa.