BERSIH 2.0 mengecam kenyataan Menteri Sumber Manusia M Kulasegaran semasa berceramah di pilihan raya kecil Rantau baru-baru ini yang dikatakan berunsur perkauman.

Pengerusi BERSIH 2.0 Thomas Fann berkata demikian mengulas isu itu pada sidang media berhubung laporan pemerhatian kesalahan pada PRK Rantau, hari ini.

Memetik Malaysiakini, ahli parlimen DAP itu bercakap dalam bahasa Tamil dan mengatakan ketika melawat Rantau, dia lebih suka makan di restoran India.

Klip video 58 saat menjadi tular di media sosial.

Kulasegaran berkempen untuk calon Pakatan Harapan Dr S Streram, yang menentang pemangku presiden Umno Mohamad Hasan dan dua calon bebas dalam pilihan raya kecil DUN Rantau yang berlangsung hari ini.

Dalam klip video itu, menteri itu juga menyeru para pengundi India, yang merupakan 27 peratus daripada pengundi Rantau untuk menyokong calon kaum mereka sendiri.