Siapa sangka di tengah kepesatan ibu kota masih ada insan yang serba daif dan bergelut setiap hari untuk meneruskan kelangsungan hidup, lebih-lebih lagi ketika menghabiskan sisa-sisa hidup dalam usia emas.<br /><br />Kemelaratan hidup dua warga emas, Siti Aminah Ahmad, 79, bersama adik lelakinya, Abdul Hamid Ahmad, 72, menjadi semakin parah kerana kurang mendapat perhatian dan pembelaan sejak lebih 25 tahun lalu.