Berita baik buat mangsa penipuan oleh syarikat yang didakwa terbabit dalam skim perumahan mampu milik tidak sah di seluruh negara bakal diberikan bantuan khas sehingga RM60,000 bagi meringankan beban mereka.<br /><br />Menteri Kesejahteraan Bandar, Perumahan dan Kerajaan Tempatan (KPKT), Tan Sri Noh Omar berkata, mangsa-mangsa penipuan itu layak memohon Skim Pinjaman Perumahan di bawah kementeriannya dengan syarat memiliki tanah.
