Ibu kepada salah seorang mangsa kebakaran Pusat Tahfiz Darul Quran Ittifaqiyah, Farah Wahidah Wahid memaklumkan bahawa pihaknya masih belum menerima sebarang bantuan daripada pihak pengurusan institusi itu.<br /><br />Farah, 34, ketika ditemui MalaysiaGazette hari ini memberitahu bahawa pihak pengurusan pusat tahfiz tersebut menjanjikan akan membuat agihan kepada waris-waris mangsa kebakaran setelah menyelesaikan beberapa perkara.<br /><br />Walau bagaimanapun, pihaknya tidak dimaklumkan berkenaan tarikh atau tempoh masa yang tepat berkenaan pengagihan tersebut sejak tragedi yang melanda institusi itu pertengahan September lepas.