KUALA LUMPUR – Perdana Menteri, Tun Mahathir Mohamed yang mengumumkan barisan Kabinet baru hari ini menamakan Setiausaha Agung DAP, Lim Guan Eng sebagai Menteri Kewangan.

Presiden Parti Amanah Negara (PAN), Mohamad Sabu pula diberi tanggungjawab sebagai Menteri Pertahanan, manakala Tan Sri Muhyiddin Yassin bertanggungjawab untuk Kementerian Dalam Negeri.

Dr. Mahathir hanya mengumumkan tiga nama menteri utama sahaja hari ini, selain daripada memaklumkan pelantikan beberapa nama besar untuk menjadi anggota penasihat kerajaan.

Jelas Tun Mahathir, tujuh lagi nama Menteri akan diumumkan dalam masa terdekat berkemungkinan besar minggu hadapan selepas beberapa proses saringan bagi melayakan kesemua calon kempat-empat gabungan parti Pakatan Harapan berada dalam barisan Kabinet.

MalaysiaGazette.com - Online News / Portal - Follow US Now! Or visit www.malaysiagazette.com for the latest news on politics, economy, fashion, travel, lifestyle and more www.malaysiagazette.com