Tun Dr Mahathir Mohamad mengangkat sumpah sebagai perdana menteri ke-7 selepas mendapat mandat daripada Pakatan Harapan (PH) yang memenangi majoriti mudah pada Pilihan Raya Umum ke-14, Rabu lalu.

Pelantikan Dr Mahathir disempurnakan oleh Yang di-Pertuan Agong Sultan Muhammad V, dilihat sebagai catatan sejarah Malaysia memandangkan beliau juga pernah menerajui jawatan itu selama 22 tahun dari 16 Julai 1981 hingga 31 Oktober 2003.

Dr Mahthir, 93, dipilih sebagai perdana menteri selepas mendapat persetujuan daripada PH yang terdiri daripada Parti Keadilan Rakyat (PKR), Parti Amanah Negara (PAN) dan DAP. - MalaysiaGazette

MalaysiaGazette.com - Online News / Portal - Follow US Now! Or visit www.malaysiagazette.com for the latest news on politics, economy, fashion, travel, lifestyle and more www.malaysiagazette.com