Kerajaan memperuntukan sebanyak RM30 juta untuk menyiarkan perlawanan bola spak Piala Dunia 2018 di Rusia menerusi Radio Televisyen Malaysia (RTM).

Menteri Komunikasi dan Multimedia, Gobind Singh Deo berkata, pihaknya telah mendapat tajaan sebanyak RM15 juta kos separuh bagi cadangan ini.

“Kita telah mendapat surat dari Sports Media and Distribution untuk penyiaran 41 perlawanan Piala Dunia 2018 dengan kos keseluruhan RM30 juta.

“Cadangan Piala Dunia 2018 diluluskan oleh Perdana Menteri, Tun Dr. Mahathir Mohamad,” katanya pada sidang media di sini hari ini. – MalaysiaGazette

MalaysiaGazette.com - Online News / Portal - Follow US Now! Or visit www.malaysiagazette.com for the latest news on politics, economy, fashion, travel, lifestyle and more www.malaysiagazette.com