Eksport perabot kayu dijangka mampu menjana pendapatan tahunan sebanyak RM12 bilion menjelang 2020.

Menteri Perusahaan Utama, Teresa Kok berkata, eksport perabot kayu dengan nilai RM8.1 bilion merangkumi 80 peratus daripada keseluruhan pendapatan eksport perabot pada 2017.

Setakat Mei lalu sahaja, eksport perabot kayu adalah sebanyak RM2.98 bilion.

“Malaysia berada di kedudukan kesembilan pengeksport perabot dunia dengan mengeksport ke pasaran-pasaran utama seperti Amerika Syarikat, Singapura, Jepun, Australia dan United Kingdom,” katanya semasa berucap merasmikan Pameran Perabot dan Hiasan Rumah Malaysia 2018 di sini hari ini.

MalaysiaGazette.com - Online News / Portal - Follow US Now! Or visit www.malaysiagazette.com for the latest news on politics, economy, fashion, travel, lifestyle and more www.malaysiagazette.com