PUTRAJAYA – Bekas Ketua Menteri Sabah, Tan Sri Musa Aman meninggalkan Ibu Pejabat Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) selepas dipercayai lebih dua jam memberikan keterangan.

Kenderaan jenis Alphard berwarna perak yang membawa beliau meninggalkan ibu pejabat SPRM itu pada 2:10 petang.

Terdahulu beliau tiba di SPRM pada 11:45 pagi dipercayai untuk memberi keterangan berkaitan dakwaan rasuah selepas Pilihan Raya Umum Ke-14 (PRU-14) yang lalu.

Semalam Musa tiba di Kota Kinabalu untuk mengangkat sumpah sebagai Adun Sungai Sibuga selepas lebih kurang 4 bulan mendapatkan rawatan di United Kingdom dan sebuah hospital swasta di Subang Jaya. -MalaysiaGazette

MalaysiaGazette.com - Online News / Portal - Follow US Now! Or visit www.malaysiagazette.com for the latest news on politics, economy, fashion, travel, lifestyle and more www.malaysiagazette.com