Surprise Me!

TERKINI : Kerajaan Kecam Tindakan Israel - Nurul Izzah

2019-04-23 1 Dailymotion

Kerajaan mengecam undang-undang kerajaan Israel yang prejudis dan terus menghina serta menekan rakyat Palestin.

Nurul Izzah Anwar (PH-PKR Permatang Pauh) berkata, kerakusan Israel itu terus menjadikan wilayah Asia Barat terus bergolak.
"Dalam kamar khas tadi, beberapa cadangan dibangkitkan di peringkat Kementerian Luar.

"Pejabat Timbalan Perdana Menteri juga mewujudkan akaun khas Agensi Pelarian Palestin Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (UNRWA) iaitu badan sah yang beroperasi di Gaza.

"Ia menempatkan 300,000 anak Palestin yang berada di 700 sekolah di seluruh Gaza dan kawasan setempatnya," katanya kepada media di lobi Parlimen, hari ini.

Nurul Izzah berkata, kerajaan akan memastikan dana diterima daripada kerajaan Arab Saudi, kerajaan Qatar dan Kerajaan Emiriyah Arab Bersatu (UAE) disalurkan kepada Palestin.

"Saya bersyukur kita bersatu hati dalam pendirian Malaysia yang tegas dan harap dipersetujui oleh setiap Ahli Parlimen.

"Ketika ini, lebih 50 peratus anak Palestin dilanda kemurungan dan mereka hanya diberi empat jam bekalan elektrik sehari dan bekalan air tidak bersih serta tidak boleh diminum," katanya.

MalaysiaGazette.com - Online News / Portal - Follow US Now! Or visit www.malaysiagazette.com for the latest news on politics, economy, fashion, travel, lifestyle and more www.malaysiagazette.com

Buy Now on CodeCanyon