Datuk Seri Hishammuddin Tun Hussein mahu pertuduhan yang dikenakan terhadap Datuk Seri Najib Tun Razak dibicarakan mengikut lunas undang-undang yang telus.

Bekas Menteri Pertahanan itu berkata, Najib wajar diberi keadilan bagi setiap pertuduhan ke atasnya.

“Inilah peraturan undang-undang. Proses yang berlaku.

“Saya hanya berharap proses itu adil dan dia diberi perbicaraan yang adil,” katanya di lobi Parlimen hari ini.

MalaysiaGazette.com - Online News / Portal - Follow US Now! Or visit www.malaysiagazette.com for the latest news on politics, economy, fashion, travel, lifestyle and more www.malaysiagazette.com