Semua agensi yang melibatkan pembangunan bumiputera perlu diperkukuhkan dan diletakkan di bawah satu kementerian utama seperti Kementerian Hal Ehwal Ekonomi.

Presiden Majlis Tindakan Ekonomi Melayu (MTEM), Ahmad Yazid Othman berkata, agensi-agensi membabitkan agenda Bumiputera tidak boleh lagi dipecah-pecahkan kepada pelbagai kementerian seperti sebelum ini.

Tambahnya, Majlis Amanah Rakyat (Mara) tidak seharusnya terus diletakkan di bawah Kementerian Pembangunan Luar Bandar dan Wilayah (KPLW) sekiranya kerajaaan benar-benar mahu membangunkan ekonomi bumiptera kerana fokus kementerian tersebut hanya tertumpu kepada aktiviti luar bandar sahaja.

MalaysiaGazette.com - Online News / Portal - Follow US Now! Or visit www.malaysiagazette.com for the latest news on politics, economy, fashion, travel, lifestyle and more www.malaysiagazette.com