KUALA LUMPUR: Banjir kilat yang berlaku di Kuala Lumpur semalam adalah disebabkan taburan hujan luar biasa dan sistem perparitan tersumbat akibat kerja-kerja pembinaan.

Menteri Wilayah Persekutuan, Khalid Abdul Samad berkata ada banyak projek pembangunan sedang berjalan dan beliau mengakui agak sukar untuk sentiasa memantau semuanya.

“Banjir itu berlaku kerana perparitan tersumbat, dihalang antaranya disebabkan bahan pembinaan.

“Tapi saya rasa semalam hujan agak luar biasa. Saya tak dapat lagi laporan tapi berdasarkan maklumat saya terima, hujan dua jam lebih.
“Sepatutnya perparitan kita masih boleh tampung kerana rekaannya adalah untuk 100 tahun, semuanya telah dinaik taraf,” katanya ketika ditemui di lobi Parlimen, hari ini.

MalaysiaGazette.com - Online News / Portal - Follow US Now! Or visit www.malaysiagazette.com for the latest news on politics, economy, fashion, travel, lifestyle and more www.malaysiagazette.com