Tidak ada seorang pun menteri berketurunan India yang tampil di kuil Sri Maha Mariamman walaupun suasana di situ semakin tegang sehingga pukul 1 pagi ini.

Siang tadi menteri-menteri tersebut hanya membacakan kenyataan berhubung insiden keganasan di kuil tersebut yang sehingga kini telah menyaksikan 17 orang ditahan.

Itu pun mereka menyalahkan pihak Polis Diraja Malaysia kononnya sambal lewa menangani keadaan tersebut yang turut mengakibatkan lebih 10 kenderaan rosak gara-gara dibakar dan dimusnahkan.

Keadaan itu ternyata menimbulkan kemarahan yang meluap-luap dalam kalangan ribuan penganut Hindu yang berkumpul di perkarangan kuil tersebut sehingga mereka memberi tempoh sejam sahaja kepada menteri-menteri berkenaan untuk tampil di situ.

MalaysiaGazette.com - Online News / Portal - Follow US Now! Or visit www.malaysiagazette.com for the latest news on politics, economy, fashion, travel, lifestyle and more www.malaysiagazette.com

#malaysiagazette #mgtv