PORT DICKSON - Calon Bebas bagi Pilihan Raya Kecil (PRK) Port Dickson, Tan Sri Isa Samad mendakwa ramai pengundi di kawasan itu mula mempersoalkan isu kelayakan Presiden PKR, Datuk Seri Anwar Ibrahim.

Malah beliau percaya institusi kehakiman di negara ini mempunyai kuasa bagi menentukan samada bekas Timbalan Perdana Menteri itu layak untuk bertanding di Port Dickson atau tidak.

Beliau berkata demikian mengulas mengenai kenyataan Setiausaha Agungnya, Datuk Takiyuddin Hassan bahawa akan berlaku PRK yang kedua sekiranya mahkamah memutuskan Anwar Ibrahim hilang kelayakan bertanding sebagai Ahli Parlimen.

MalaysiaGazette.com - Online News / Portal - Follow US Now! Or visit www.malaysiagazette.com for the latest news on politics, economy, fashion, travel, lifestyle and more www.malaysiagazette.com