Surprise Me!

TERKINI : "Hanya 5% Graduan Bukan Melayu Belajar di ILP - Salahuddin Ayub

2019-04-23 0 Dailymotion

SERDANG 6 Okt. - Golongan kaum bukan Melayu digesa untuk mengambil peluang belajar di Institusi Latihan Pertanian (ILP).

Menteri Pertanian dan Industri Asas Tani Datuk Salahuddin Ayub berkata, ketika ini 95 peratus pelajar di ILP yang menawarkan diploma dan sijil dalam bidang pertanian terdiri daripada kalangan orang Melayu.

"Saya telah melihat pemberian diploma dan sijil hari ini. Saya mengharapkan lebih ramai penyertaan pelajar bukan Melayu. Saya rasakan penyertaan kaum bukan Melayu masih rendah.

"Penyertaan lebih ramai pelajar bukan Melayu supaya menampakkan keceriaan. Janganlah ada program dan aktiviti termasuk ILP yang hanya disertai oleh Melayu sahaja," kata Salahuddin.

Salahuddin berkata demikian dalam sidang akhbar selepas menyempurnakan Majlis Konvokeysen Pertanian ke-8 yang berlangsung di Taman Ekspo Pertanian Malaysia Serdang (MAEPS) pagi ini.

Turut hadir Timbalan Menteri Pertanian dan Industri Asas Tani, Sim Tze Tzin dan Ketua Setiausaha Kementerian, Datuk Mohd. Salahuddin Hassan.

MalaysiaGazette.com - Online News / Portal - Follow US Now! Or visit www.malaysiagazette.com for the latest news on politics, economy, fashion, travel, lifestyle and more www.malaysiagazette.com

Buy Now on CodeCanyon