KUALA LUMPUR – Pengarah Jabatan Siasatan Jenayah Komersil yang baharu, Datuk Saiful Azly Kamaruddin akan mengambil tugasan untuk meneruskan siasatan berhubung kes 1MDB.

Saiful Azly sebelum ini menyandang jawatan sebagai Timbalan Pengarah Jabatan Siasatan Jenayah Komersil Bukit Aman.

Beliau mengambil alih tugas Datuk Seri Amar Singh Ishar Singh yang tamat perkhidmatan pada hari ini.

Ketua Polis Negara, Tan Sri Mohamad Fuzi Harun berkata, Saiful Azly akan meneruskan siasatan tersebut yang sebelum ini diketuai oleh Amar Singh.

MalaysiaGazette.com - Online News / Portal - Follow US Now! Or visit www.malaysiagazette.com for the latest news on politics, economy, fashion, travel, lifestyle and more www.malaysiagazette.com

#malaysiagazette #mgtv