KUALA LUMPUR - Skim Kawalan Harga Musim Perayaan (SKHMP) Krismas 2018 bagi 16 barangan harga terkawal akan berkuat kuasa pada 23 hingga 27 Disember ini.

Pengarah Penguatkuasa Kementerian Perdagangan Dalam Negeri dan Hal Ehwal Pengguna, Datuk Mohd. Roslan Mahayudin , berkata skim itu dilaksanakan selama lima hari iaitu dua hari sebelum dan selepas perayaan serta pada hari perayaan.

Beliau berkata, skim itu dilaksanakan mengikut Akta Kawalan Harga dan Antipencatutan (AKHAP) 2011.

Katanya, penentuan harga maksimum pengeluar, borong dan runcit dibuat mengikut kewajaran dan kesesuaian bertujuan memastikan harga berpatutan dalam rantaian pengedaran bagi manfaat pengguna dan peniaga.

MalaysiaGazette.com - Online News / Portal - Follow US Now! Or visit www.malaysiagazette.com for the latest news on politics, economy, fashion, travel, lifestyle and more www.malaysiagazette.com

#malaysiagazette #mgtv