SHAH ALAM – Ketua Umum PKR, Datuk Seri Anwar Ibrahim menganggap Rafizi Ramli layak untuk bertanding sebagai calon parti itu pada Pilihan Raya Kecil (PRK) Dewan Undangan Negeri (DUN) Rantau.

Anwar juga berkata, nama Rafizi turut dibangkitkan untuk menjadi pertimbangkan namun ia perlu mengikut proses penilaian dan kajian terlebih dahulu sebelum dimuktamadkan.

“(PRK) Rantau macam ini, pertama proses dia dari cabang, negeri, biro politik, baru presiden masa itu, perlu lalui proses.

“Sekarang ini, saya tidak apa-apa ambil sikap kita kena buat kajian. Dia (Rafizi) lebih daripada layak menjadi ADUN,” katanya kepada pemberita ketika sidang media selepas majlis perasmian Kongres Nasional keadilan Ke-13 2018 hari ini.

MalaysiaGazette.com - Online News / Portal - Follow US Now! Or visit www.malaysiagazette.com for the latest news on politics, economy, fashion, travel, lifestyle and more www.malaysiagazette.com