SEPANG - AirAsia Bhd. akan menambah penerbangan lewat malam untuk destinasi-destinasi popular seperti Pulau Pinang, Kuching, Kota Kinabalu, Sibu dan Miri bagi memberi kemudahan kepada penumpang sempena cuti perayaan Tahun Baharu Cina yang akan datang.

Ketua Pegawai Eksekutif Kumpulannya, Tan Sri Tony Fernandes berkata, syarikat penerbangan tambang murah itu juga menawarkan tiket harga tetap RM99 sehala untuk penerbangan Kuala Lumpur- Pulau Pinang, RM149 sehala untuk laluan Kuala Lumpur-Miri, Sibu dan Kuching serta RM199 sehala dari Kuala Lumpur-Kota Kinabalu.

Tempoh perjalanan untuk penerbangan tambahan lewat malam itu bermula 31 Januari 2019 sehingga 12 Februari 2019.

MalaysiaGazette.com - Online News / Portal - Follow US Now! Or visit www.malaysiagazette.com for the latest news on politics, economy, fashion, travel, lifestyle and more www.malaysiagazette.com