SERDANG - Tun Dr Mahathir Mohamad menegaskan rakyat perlu beri peluang kepada Menteri Perpaduannya, P Whayta Moorthy untuk beliau menjalankan tugas sebagai menteri Kabinet.

Menurut Perdana Menteri itu, rakyat boleh mengemukakan petisyen namun perkara itu tidak boleh dianggap sebagai arahan.

Jelas Dr Mahathir, petisyen tidak boleh dianggap sebagai arahan kerana arahan terhadap itu hanya boleh dikeluarkan beliau sebagai Perdana Menteri.

"Rakyat boleh buat petisyen, tapi petisyen itu bukan satu arahan untuk dia letak jawatan anda pun boleh buat petisyen minta saya berhenti jadi pm dan jawab soalan silly anda

"Bagi dia peluang, dia baru mula, lama-lama boleh betullah," katanya dalam sidang media menyempurnakan perasmian MAHA2018 di Tapak Ekspo Pertanian Malaysia (MAEPS), hari ini.

MalaysiaGazette.com - Online News / Portal - Follow US Now! Or visit www.malaysiagazette.com for the latest news on politics, economy, fashion, travel, lifestyle and more www.malaysiagazette.com