Surprise Me!

TERKINI : NAK BATAL, BATAL LAA!!! "Kita Tak Ikut Israel" - Tun M

2019-04-23 1 Dailymotion

PUTRAJAYA - Perdana Menteri tidak kesal apabila Malaysia tidak dijadikan sebagai penganjur Kejohanan Renang Para Dunia 2019 yang akan diadakan di Kuching pada 29 Julai hingga 4 Ogos ini.

Kata Tun Dr Mahathir Mohamad sekalipun keputusan telah dibuat oleh Jawatankuasa Paralimpik Antarabangsa (IPC) namun Malaysia tidak berganjak dengan pendiriannya sebelum ini
melarang rakyat Israel memasuki negara ini kerana negara itu merupakan penjenayah antarabangsa.

"Kita tetap dengan prinsip kita. Prinsip kita Israel penjenayah, mereka langgar undang-undang antarabangsa tanpa orang lain kata apa apa. Hak kita adalah untuk suarakan polisi kita.

"Amerika Syarikat juga tak benarkan rakyat dari lima negara Islam pergi ke negara mereka, kenapa orang tak merungut? banyak negara Eropah tidak bagi orang luar datang ke negara mereka.

"Kita ada sebab, mereka (atlet Israel) bukan pelarian, bukan orang susah, mereka datang dari negara yang langgar peraturan antarabangsa," katanya, kepada pemberita di Putrajaya, hari ini.

MalaysiaGazette.com - Online News / Portal - Follow US Now! Or visit www.malaysiagazette.com for the latest news on politics, economy, fashion, travel, lifestyle and more www.malaysiagazette.com

#malaysiagazette #mgtv

Buy Now on CodeCanyon