LANGKAWI - Pasukan dari Thailand, THA72 dilihat bergelut untuk mengekalkan kejuaraan dua kali di kejuaraan Regatta Antarabangsa Diraja Langkawi (RLIR) 2019 dengan kejadian pencabar terharu Team Hollywood Provezza dari Australia.

Dengan menggunakan kapal variasi baharu, TP52 Series tahun 2015, bagi Ketua Pasukan THA52, Kevin Whitcraft agak mustahil untuk pasukan berada di depan tahun ini.

""Peluang untuk kami kekalkan kejuaraan tahun lalu sudah lebur, jadi kami kena terima hakikat bahawa kami tidak boleh menang tahun ini. Impian kami untuk hatrik 3 kali berturut-turut tidak dapat dicapai.

"Mereka belayar dengan baik, mereka ada pelayar berkelas dunia," katanya ketika ditemui di Royal Langkawi Yacht Club (RLYC).

THA72 berjaya mempertahankan gelaran juara berganda bagi kelas Racing pada 2017 dan 2018.

Kali terakhir pasukan itu bergegas juara berganda bagi kelas utama adalah pada 2014 dan 2015 ketika dibawah kendalian Peter Ahern.

MalaysiaGazette.com - Online News / Portal - Follow US Now! Or visit www.malaysiagazette.com for the latest news on politics, economy, fashion, travel, lifestyle and more www.malaysiagazette.com

#malaysiagazette #mgtv