Surprise Me!

TERKINI : Perjalanan Pengebumian Jenazah Allahyahram #MuhammadAdib

2019-04-23 1 Dailymotion

Jenazah Muhammad Adib Mohd Kassim selamat dikebumikan di Tanah Perkuburan Masjid As-Saadah menjelang waktu zohor tadi.

Talkin dibacakan serentak dengan azan sebentar tadi.

Perjalanan Muhammad Adib daripada Insitut Jantung Negara (IJN) sehingga ke tanah kubur lancar, cuaca yang baik tidak terlalu panas, tidak pula hujan.

Pilu dan sedih menyelubungi pengkebumiaan anggota bomba yang dianggap wira itu dengan kehadiran ribuan warga Kampung Tebengau Sekolah Kebangsaan, lokasi ketibaan jenazah pada 10:29 pagi tadi dan yang menantikannya di tanah perkuburan.

Ibu bapa Muhammad Adib memilih untuk tidak membuka mulut kerana terlalu sedih kehilangan anak kedua daripada empat adik-beradik itu.

Tunangnya Nurul Najihah Mohd Radzi, 25 tidak jauh beza cukup beremosi di atas kehilangan tunangnya itu.

Nurul tidak berhenti-henti menangis sejak jenazah tiba di Kuala Kedah sehinggalah selesai.

Jenazah Muhammad Adib diterbangkan ke Kuala Kedah dengan menggunakan helikopter Jabatan Bomba dan Penyelamat pada pagi tadi.

MalaysiaGazette.com - Online News / Portal - Follow US Now! Or visit www.malaysiagazette.com for the latest news on politics, economy, fashion, travel, lifestyle and more www.malaysiagazette.com

#malaysiagazette #mgtv

Buy Now on CodeCanyon