Surprise Me!

TERKINI : Armada Gesa 40 Peratus Penyertaan Anak Muda Dalam GLC

2019-04-23 0 Dailymotion

Perhimpunan Agung Tahunan Parti Pribumi Bersatu Malaysia (Bersatu) digesa agar memasukkan sekurang-kurangnya 40 hingga 50 peratus penyertaan anak muda di dalam pimpinan kerajaan dan syarikat berkaitan kerajaan (GLC).

Menurut Exco Perhubungan Antarabangsa Armada, Muhammad Muzzammil Ismail, sayap pemuda itu mahu peluang diberikan kepada mereka yang berkelayakan bagi memperoleh pengalaman.

“Apabila peluang itu diberikan, barulah anak muda boleh deliver kepakaran mereka dalam perkhidmatan,” katanya kepada media.

Cadangan itu diutarakan kerana Kelab Bunga Raya mempunyai ramai bakat muda yang berpotensi untuk diketengahkan.

“Selain daripada politik, kelab ini berperingkat untuk mengumpul anak muda daripada pelbagai latar belakang untuk berada di bawah Akademi Bunga Raya,” katanya.

Ketua Armada, Syed Saddiq Syed Ali semalam berkata, perwakilan mencadangkan agar orang muda diberikan peranan dalam bidang pentadbiran baik di peringkat kampung, syarikat berkaitan kerajaan (GLC) dan pihak berkuasa tempatan.

MalaysiaGazette.com - Online News / Portal - Follow US Now! Or visit www.malaysiagazette.com for the latest news on politics, economy, fashion, travel, lifestyle and more www.malaysiagazette.com

#malaysiagazette #mgtv

Buy Now on CodeCanyon